August 22, 2014

Hari Berkabung #MalaysiaBerkabung




Assalamualaikum wbt

Tanggal 22 Ogos 2014. Detik 10.54 pagi, segenap rakyat Malaysia berkabung atas kembalinya rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 di Donetsk, Ukrain. Bertakafur kami selama seminit buat mereka. Jutaan kiriman ayat suci Al-Fatihah mengiringi pemergian mereka. 


Hari ini, Malaysia bersedih. Hari ini, anak kehilangan ibu. Hari ini, sang suami/isteri kehilangan pasangan IjabQabul. Hari ini, ibu kehilangan anak. Hari ini, keluarga kehilangan orang tersayang. Hari ini, syarikat penerbangan kehilangan kapten & anak kapal. Hari ini, ibarat lagu hilang irama. 



Hari ini hari kehilangan kita Malaysia.


Hari ini juga Allah menjemput hambaNya. Hari ini, Syurga menambah ahli penghuninya. Hari ini, hari MEREKA.


Pergilah kalian dengan doa segenap rakyat Malaysia. Akan kami ingat kalian dalam doa kami buat sekian kalinya. 


Takziah. Innalillahi wa innailahi rojiun. 



Salam Takziah.


Gadis Kawaii.

February 24, 2014

#throwback 1

Assalamualaikum dan Salam Rock n Roll uols !



Hari ini mak Jemah bawak laptops datang kerja jadi, mari ber- #throwback. Bukan sebab apa, kan mak Jemah dah lama sangat tak hapdet belog comei ini. Jadi, banyak cerita semua tergendala sangat.


For what i know, hari ini orang dah pakat bukak akaun untuk #dayre . Gua ramalkan tak lama lagi mati lah nyawa belog sepot ini. HAHAHAHAHA mana Lord Obe dengan Abe Nara nak carik duit lagi lepas ini, iols tak tahu.

Back to the #throwback;

Banyak sangat yang dah jadi sepanjang tahun lepas dan setakat tahun ini. Contohnya, iols dah kerja uols! Walaupun takde rejeki nak grad lagi *sigh* Nak maki MQA bukan salah diorang. Nak maki MSU pun macam tak sampai hati. Jadi simpan makian dalam hati cakap "All iz WELL"

Oke. Meh tengok apa je yang ada dalam dropbox.


Ini bespreng Jemah kahwin dengan abang marin. Tahniahhhh bespreng. Please ada baby comel-comels cepat sikit. Teeeeheee. 

Dan buat julung kalinya, kawan Jemah si Meera yang pakai baju biru tu muncul. Setelah berkurun-kurun lamanya menghilang. Happy sebab mini reunion dengan bespreng lama. Sedih sebab dah hilang kawan sorang. tsktsktsk


Oke. What else?


Dinner OPTOMETRY MSU

Ya ampun. Dah 4 tahun buntot iols berkematu dekat MSU, lepas habis belajar baru ada dinner. 1st Annual dinner Optometry MSU. Tahniah juniors. Korang berjaya lakukan apa yang senior korang tak berjaya buat. Tahniah. Ops! it doesn't mean that we are unreliable and hopeless in organizing the event, it is just that we didn't have enough hands. MAJOR TSKTSKTSK 


Cerita bertunang dah kan? Cerita lain yang syok sikit...


Nampak tak kuning-kuning kat microsoft excel tu? Itu tandanya gua dah kerja. HAHAHAHAHAHAHAA


Itu je. Tak sempat nak poyo tangkap gambar sendiri ohh ohh silap silap ! Ber- #selfie masa kerja. Haaaaa baru betul. 


Nanti bila lapang mak Jemah hapdet lagi pasal #throwback siri 2 pulak ye?



Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.

January 16, 2014

Macam mana gua jumpa mak lu?


Assalamualaikum dan Salam Rock n Roll.

Macam mana gua jumpa mak lu? Haaaaa panjang cerita sampai 9 season pun tak habis-habis lagi.
Sebenarnya nak cerita pasal cerita "all time favourite sitcom" gua. How I Met Your Mother.

Seronoknya cerita ni sampai buat gua ketagih tahu? Balik kerja je, cari cerita ni. Nasib baik WIFI tak sampai bilik gua. Kalau tak, memang gua tak tidur jawabnya dek kerna leka menonton cerita ni.

What i like the most about this sitcom?

http://splashofourworlds.blogspot.com/2011/02/how-i-met-your-mother-review-season-1-6.html

THE FRIENDSHIP VALUE.

Sama macam sitkom favourite gua yang satu lagi tu, Friends; cerita yang ini pun menerapkan nilai setia kawan yang Maha Hebat. Well, mana kau nak dapat kawan-kawan yang betul-betul terima baik buruk kau se-marvelous-nya kan? I knew a few and they stick in my life like glue  =)

Alhamdulillah.

Tapi betul, gua salut omputeh punya cara berkawan ni. Nope! I am not saying that "social" life like that is fun, I am just saying that we need that kind of "keterbukaan". Ini idok. Malaysia ni pantang nampak orang tinggi sikit. Hasada dengki tak payah ambil PHD, diorang boleh jadi Doktor terunggul.

We need to practice keterbukaan tapi harus abide to the adat resam, hukum agama and all.


Omputeh sungguh aku sampai menaip pun campur bahasa Inggeris dengan Melayu. *budak convent memang gitu*


Absorb all the good energy and leave behind the bad vibe, people. This is how we should live.


Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.




January 14, 2014

Inspirational song

Assalamualaikum dan Salam Rock n Roll.




This song I tell U ! Sedap nak mamps !

And i get hyped and inspired every time.

Dia punya feeling tu, bila tengah drive nak pergi kerja dengar, rasa REVIVE ! Macam candy crush dapat nyawa dari kawan kita. Haaa ! Sampai macam tu sekali.


Hoo yeahh !

Nak post lyrics ke? Nope. Too cliche. Heee.

Enjoy Homo Sapiens !

Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.


January 13, 2014

Hujung 2013 itu.

Ohhmai. Dah 2014. How time flies. And how berhabuk belog gua. Poof! Poof! *hembus habuk*

Back to reality. Lama sangat dah tak berceloteh. Rasa hilang ingatan pulak. *oke ini poyo*

I know. I know. You all miss me. Hihihi. Nothing much happen YET. Ada lah big event here and there. Like moi ENGAGEMENT!
Ahaaa! Sedar tak sedar, gua dah engaged bak kata omputeh. Orang melayu dia akan cakap welcome to "Darah Manis World" *sejak bila oghang melayu cakap omputeh?*

Anyway. It was 1st December 2013. After Zohor.

Rombongan lelaki datang bersama dulang-dulang sakti berbekalkan manisan dan bermacam ragam. Gua atas bilik jantung macam nak tercabut pun ada, macam biasa-biasa pun ada *control macho*

                                              Rombongan meminang

                                               Si dara dengan mama abah nya

                                                Gulp! Sarung cincin sudahhh

Kawan kawan supporting iols

                                           Pelamin DIY iols dan keluargaolsss



In Shaa Allah apa yang terbina harap korang doakan kekal #tillJannah eh? Hihihihi.



Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.


October 14, 2013

Deeply true




I get connected easily to this song. Mungkin sebab aku ikhlas. Dan tak mahu kehilanganmu.
Tapi kamu ? 

sekian lama


Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Lama bebenor uols ia tak hapdet belog bersawang ini. Almaklum lah , dah final year memang banyak sangat kerja. Gadis kawaii ni tak mampu ohh nak handle semua sekali. Not A MULTITASKER. 

Anyway, apa motif bunga dibawah? 



Cantik kan? My sorta personal taste. Anyway, back to the story. Bunga ini cantik dan bila bunga ini cantik...kita selalu puji. So, nak kata bunga ini mintak pujian tak jugak. Tapi dah memang sifat dia macam tu. Cantik, kita puji. 

Perempuan pun perangai dia sebijik sangat macam bunga ni. Dah kalau dia cantik, sedikit sebanyak nak lah dia kena puji kan dengan at least -----> jejaka pujaan dia. AT LEAST lah. 

Tak kata perempuan ini terhegeh sangat nak pujian. Tapi apa salahnya, bila perempuan tu bersiap CANTIK-CANTIK. Beli baju vogue aumms aumms sangat. Kau puji lah dia. Bukan dia mintak tapi macam gua cakap AT LEAST, AT LEAST. Tak dapat gua nak tekankan AT LEAST tuuuuuuuuuuuu. 

Nak, nak kalau dia bersiap untuk special occasion ke kan? Tapi takpe lah. Dah kalau kau ego taknak puji, suka hati kau ! Kesian perempuan tu. Kau tak hiraukan dia. 

Bak kata Ustaz Kazim et al, (gaya-gaya thesis dah haa);

Perempuan ini dipuji sikit sahaja oleh suami pun, dah fulfil dah nafkah dari segi batin. Ehemmm. Batin bukan takat ehemm ehemm je. Tapi, batin juga bermaksud perasaannya juga. 

Wallahualam.


Sekian, dari Gadis Kawaii. 

Trimas. 

December 8, 2012

kertas

Hati perempuan ini bukan ibarat tetapi sama seperti kertas.
Kau basahkan dia, kuyup.
Kau genggam dia, ronyok.
Kau koyak dia, lerai.
Sama juga seperti hati seorang perempuan.

Kau ayah?
Kau kekasih?
Kau kawan?

Hati mereka tetap seperti kertas.
Kau sedihkan mereka, maka sedih lah mereka.
Kau pijak kepala mereka, maka teraniaya lah mereka.
Kau hancurkan hati dia, maka patah lah hati mereka.

Tetapi,
Kertas itu kalau kau warna kan dengan warna-warna ceria
Maka bersinar kertas itu.
Kertas itu kalau kau letak kan ayat-ayat azimat
Maka kekal lah ayat itu di situ.
Kertas itu kalau kau jaga
Maka kertas takkan melayang sesuka hati
Bahkan kertas itu akan menjadi khazanah mu sampai bila-bila.


August 25, 2012

Penat

Penat sangat rasanya. Kita menangis tak berpenghujung. Kita korban tak ternampak. Hati kita siapa nak jaga? Kata ornag jagalah hati sendiri. Kalau kita pentingkan hati orang lain, hati kita akan mati. Mungkin mahu hati kita sendiri. Untuk mati tak berpenghuni.
Setiap titisan air mata, setiap keringat perngorbanan untuk awak.
Hati saya akan mati. Percaya lah. Hati saya akan mati.
Bila masa itu tiba, jangan awak toleh kebelakang dan menilai hati hidup saya.
Kerana hati ini akan mati. Tak lama lagi.

July 15, 2012

Hati-hati

Hati-hati.
Hati aku ini kecil, tak kuat.
Hati-hati.
Hati aku bukan mainan ikutan ego.
Hati-hati.
Hati aku boleh hilang kewarasan.

Jangan sampai aku doakan aku hilang kewarasan akal aku.

Hati-hati.
Hati aku tak mudah curiga kalau kau melatah.
Hati-hati.
Hati aku dah separuh mati.
Hati-hati.
Hati ini besar memberi, tak minta untuk menerima

Tetapi, terkadang ia berdegil mengharap jua.

Hati-hati.
Hati ini bakal mati.
Mungkin malaikat akan kembali.
Memberi salam untuk aku pergi.

July 4, 2012

Nisfu Syaaban

Assalamualaikum. Salam Senyuman.

Wahwahwah. 15 hari, Ramadhan bakal tiba. Apa perancangan anda? Nak makin kurus? Ke nak tambah pahala? Ehem. Saya nak dua-dua sekali. Tamak kan ? Lantak lah. Oke. Nisfu Syaaban malam ini. Sudah kah anda bersedia nak start chapter baru dalam hidup anda. Kalau takat jeles tengok gambar nikah dan sanding Irma Hasmie dengan si suami apa barang der? Pergi nuh sana, bukak surah Yassin,baca tiga kali. Bukan banyak mana pun...refresh page facebook boleh? refresh twitter baca timeline boleh? baca Yassin 3 kali banyak? Alaaaaa 83 ayat je pun. Kali 3. Jadi. Errr. Malas kira. Senang cerita, kau boleh khatam novel 2, 3 kali. Apa salah kalau kau spend half an hour dengan Allah? Mana tau, kau pun bole dapat suami macam Irma Hasmie kan?
Nak mula chapter baru, bukan mudah tapi lebih mudah kalau kita berusaha. Allah janjikan sesuatu di setiap usaha hambaNYA.


So, apa tunggu lagi? Kubur itu bila-bila sahaja kata "MARI"



Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.

July 1, 2012

Puas hati dengan hidupkah?

Assalamualaikum. Salam Senyuman.

Weeeehoo. It's Sunday. Wait. Sunday? Esok Monday. Ishh. Madaf*ka sungguh. Teman ada kelas awal lah esok. Oh, whatever lah kan. Oke, Puas hati dengan hidup?

Persoalan ini bukan sebab tak bersyukur ke hasad dengki ke ape ke.

Sometimes, you're off wondering. Mengapa hidup anda tak macam ini? Mengapa hidup anda tak macam itu? I've had this "macam ini" "macam itu" But hey, that's life. Kita akan ada sesi "macam ini" "macam itu" once in a blue moon. Doesn't this mean, kita tak puas hati dengan hidup kita. Doesn't mean kita tak bersyukur. Cuma lumrah manusia, tengok orang lebih sikit mula lah nak meratap kenapa hidup kita tak macam si polan yang terlebih nikmat dunia itu.
Jadi, ask yourself. Puas hati dengan hidupkah?

My advice, silalah puaskan hati. Do what you want, however, think before you act. Itu saja. Simple. Live your life to the fullest dan pedulikan kata orang. Tipikal okei meleis ini, suka sangat tengok flaws orang. Flaws sendiri tak reti pulak nak menyalak-nyalak cerita kat dunia.

So, Puaskan hidupmu tetapi ingat Allah.

p/s: Walau aku suka carutan hati ini namun Allah tetap nombor satu tahu?

Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.

faker

i just wrote a bernas post dan terdelete. malas pulak lah nak tulis balik. madaf**ka.

June 23, 2012

Lepas tengkuk sendiri

Assalamualaikum. Salam Senyuman

What a boring Saturday. Tak sangka dah masuk semester 6 sekarang. After one year, and i'm off lurking for job pula kan?

Some of my friends, had finished their degree. Ok, dah boleh lumba-lumba pilih tarikh kahwin. Hee.
Hmm. Tajuk hari ini sour sikit. Sebab? Sebab saya nak bercerita tentang sikap seorang kawan. Saya tak kisah sangat kalau individu-individu nak mementingkan diri. Tak salah. Saya pun mengaku saya seorang yang agak mementingkan diri.
Tetapi, boleh tak kalau nak mementingkan diri itu, fikir orang lain sejenak. Kalau tak effect hidup orang lain sangat; teruskan niat mementingkan diri. Kalau kacau hidup orang lain; jangan boleh? Sebab boleh mengundang sakit hati.
Dan tambah dosa sesama insan. Jadi, boleh tak jangan sakitkan hati orang lain sangat? Fikir dulu sebelum mementingkan diri sendiri.

Sekian, dari Gadis Kawaii. Trimas.

June 12, 2012

Salam Senyuman.

Longkang. Apakah longkang? Longkang adalah laluan air. Ada dua jenis. Busuk dan bersih.
Mulut "longkang" itu pulak macam mana kan?

Definisi Mulut "Longkang": Mulut yang berbicara penuh hasil yang berbaur busuk tapi niat MUNGKIN bersih. (tolak mulut longkang yang suka hina orang)

So, secara umumnya, kalau orang cakap mulut longkang itu maka mulut orang itu semestinya sangat jahat tahap Lord Obe lah kut. Tahu tak siapa Obe? Kalau tak tahu, sila letak diri bawah tempurung sekarang.
Oke, berbalik kepada longkang tadi.
Bagi saya, ada manusia yang bermulut longkang sangat bernas point dia. Ada mulut longkang yang menyalak lebih, pengisian kosong. Jadi, kenal mana-mana mulut longkang lately?

Saya, salah seorang manusia yang bermulut longkang jugak. Tapi belum tahap Lord Obe lagik. Masih immature gitewwww kan? What I meant to say is that; kalau kau menyalak-nyalak gelak macam maha vavi di dalam surau sambil bajet kau cool, bagi mulut longkang seperti aku, itu adalah sesuatu yang disrespectful.

Duduk dalam surau biar lah beradab tahu? Kau itu perempuan. Semulut-mulut longkang aku takde lah sampai kaki itu nak tendang orang ke, terkena orang ke. Pantang saya tahu?

Jadi, ehem. Saya nak tegaskan di sini yang selalunya; mulut longkang akan melongkang-kan bahasa apabila kau melongkang-kan keadaan. As simple as that.



Dah, jangan jadi longkang rakan-rakan.


Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.

Semester 6

Salam Senyuman.


Pejam-celik-pejam-celik. Tup tup sudah semester 6 rupanya teman haaaaaa. Busy? tak payah cerita lah. Kalau semester lepas berhabuk belog ini, semester ini tak tahu lah haaa.
What to expect from this semester? "Ultimate Busy-ness" Enuff said lah kut.

Sekian, dari Gadis Kawaii. Trimas.

June 6, 2012

TUNANG

Salam Senyuman !


Sudah berabad belog ini berhabuk. Saya malas. HAHAHAA.
Almaklumlah. Keypad kat lappy merah ini rosak lah katekan. Lalu, hanya keypad external yang saya guna! Nasib ! Tapi, Alhamduillah :)


Oke. Tunang. Tajuk setelah kesekian kalinya saya mendiamkan diri. Orang semua dah move on kan? No more Blogspot kan? Ada saya kisah? I am BACK !

Ehh, tersasar lagi kan? Haaaaa. Hujung minggu lepas, 2 kenalan saya bertunang dengan jayanya. Alhamdulillah. Semoga ke jinjang pelamin ye. Doa saya bersama kalian wahai junior matang; Nurul Faleeza Muhamad dan best friend forever and ever, Nur Maisya bt Mohd Yusoff !
Maisya; nampak gaya hang kahwin dulu nohhhh. Congrats best friend. So sad that i could not be there :(


Tunang. Jadi tunangan orang. Bukan senang kak oiiiiiii ! Bunyinya amat indah dan matang dan membahagiakan *letak muka bersinar-sinar kat sini*  TAPI ! Haaaaa ada TAPI okeee.


TAPI ! Ini senarai tapi saya ! :

1. Tapi kita bawa nama bukan satu keluarga dah, tapi dua keluarga bila berjalan-jalan, berjimba-jimba kat shopping complex tu.
 2. Tapi kita dah tak boleh buat perangai tak senonoh dah. Orang tengok nanti terus orang kutuk kaw-kaw. Sebab? Kan nak jadi bini orang......
3. Tapi dah bertunang tak bermakna kau boleh suka-suka jugak raba anak dara orang tu. Kau baru bertunang okee?
4. Tapi, errrr. Boleh dah berhenti kot list tapi saya ni.


So, there you go! Happy bertunang happy people!

Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.

February 17, 2012

BUTTHURT

Assalamualaikum dan Salam Senyuman.





Butthurt. Saya cuma tak paham satu je. Kita menceritakan realiti dan si polan mengambil teguran sebagai suatu yang negatif, lalu saya dimaki. Ehem, saya atau engkau yang tak matang.





P/S: banyak sawang kat belog ini. Makin aktif twitter lah katakan. #BohongLiao !


Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.

December 3, 2011

KOMITMEN

Assalamualaikum



Salam Senyuman. Pagi Sabtu yang tenang. Alhamdulillah. Komitmen. Apa ada pada komitmen yang ingin saya usulkan hari ini?



Sebab. Mostly. Dalam Facebook. I can see. Many people is making permanent commitment. YES. PERMANENT. Haih. APa lagi yang PERMANENT selain kahwin kan? Bukan lah semua manusia yang sekeliling saya ini sibuk kahwin. Tapi. Mereka sedang berbahagia ke arah komitmen itu. Ada yang bertunang, kena risik, kahwin lagi lah. Merata-rata nun hahhhh. HAHAHAAAA


Tahniah ye kawan-kawan. Doa saya agar anda bahagia sehingga ke hujung nyawa.


Alhamdulillah.



Sekian Dari Gadis Kawaii. Trimas.

December 1, 2011

MUSIM KAHWIN & TUNANG

Assalamualaikum


Salam Senyuman.


Haaaaa. Cuti sekolah dah bermula. Jadi. Musim pun bermula. Musim apakah ?


Musim Cuti Sekolah.
Musim Kahwin.
Musim Bertunang.
Musim Kenduri.
Musim Bercuti.
Musim Ber-Vacation.
Musim Hotel-hotel buat promosi.
Musim tiket-tiket kapal terbang naik harga.
Musim tukang niaga gembira sebab banyak benor pelancong.
Musim balik kampung-jenguk nenek.
Musim-musim-musim. Hujung tahun bukan satu musim je muncul macam kat tempat omputeh itu.

Tapi, segala musim sekali muncul tahu ?

Termasuk musim ini - MUSIM HUJAN TIAP PETANG DAN BANJIR .


Mari dah musim-musim ini. Pilih satu; pandai-pandai lah manfaat kan eh?



OHH. Welkem December. Hujung 2011.




Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.