February 22, 2011

lawatan

assalamualaikum


salam senyuman :)

huuuu~ berakhir sudah satu hari . penat tak terkata lah .

tadi BATCH 1 optometry MSU buat lawatan ke kilang lens. memang penat . pergi siap pakai kereta sendiri lagi tau. HAHA

ape lah saya ni , tersasar cerita dah.

okeee. kembali pada cerita tadi , kami gerak ke Ampang *mujur dah biasa dengan kawasan tu* pukul 100 petang.

sampai-sampai dalam pukul 200 tu , terus kami kena briefing dengan mr yap.

MVISION ; nama syarikat diberi. alaaaa~nak cari senang je. atas secret recipe , dekat spectrum. *cerita iye-iye je macam korang tahu kat mane pulak kan. bukan Pavilion ke Low Yat ke. haih~*

oohhh lepas tu , berbekalkan perut yang berkeroncong bunyi- bunyi macam harimau mengaum ni , gagah kan lah diri saya ni untuk tengok jugak semua demonstrasi kat kilang tadi...


pendek kata : PENUH ILMU. suatu lawatan yang penuh ilmu . menarik dan ....


BARU SAYA TAHU MACAM MANA DIORANG 'COATING' LENS.


di bawah merupakan sedutan - sedutan atau babak - babak di kilang MVISION












okeeeee . dah penat . mahu rehat .


sekian dari gadis kawaii.trimas.


penat

assalamualaikum







salam senyuman :)

ouhh, takde lah nak senyum sangat tengah-tengah malam . hari ini sangat - sangat memenatkan.

mana tidak nya , dari pukul 10 pagi terpacak depan lab sampai pukul 8 jugak lah baru nak terhegeh - hegeh balik ke bilik.

sangat LETIH ye rakan - rakan !


lepas itu , entah kenapa , semua yang ada dalam kelas hari ini tension semacam je.

fuhh! tak pernah lah kira nak tension sampai tahap begini. sampai waktu solat pun terkejar - kejar.

punya HECTIC lah kira.

jadi , saya berazam nak buat check list lah :

  • 22 FEB : LAWATAN KE KILANG LENS MVISION (200 PM - 600PM)
  • 23 FEB : BOWLING BERSAMA BUDAK - BUDAK OPTO
  • 25 FEB : COMMUNITY SERVICE (SEKOLAH *mane entah*)
  • 28 FEB : LAB TEST ! ! !


sangat penat ye minggu ini . tak ade ruang dah nak bernafas ! TOLONG !!!!!




sekian dari gadis kawaii.trimas.

February 20, 2011

bihun goreng singapura





misi main masak-masak BERJAYA !





alhamdulillah kenyang . burp !!!




:)


February 19, 2011

fragment tolong

assalamualaikum






salam senyuman :)

HAAAAA~ apa hal lah kan tiba-tiba saya buat tajuk yang bukan-bukan ini ?

al-kisahnya ;

semalam saya dan budak-budak bilik serta course-mate tercinta pergi me-release tension lah konon.

mana tidak nya ,

sesi lab yang sampai menjemukan dah ! ( dulu sangat-sangat excited nak masuk lab)
kuiz yang tiba-tiba banyak ( sebab nak final kan)
*errr apa lagi ?? HAAA*
kelas ganti yang tidak boleh belah punya pack ( haih~)
SERTA
aktiviti mentoring yang tiba-tiba MAHA banyak lah ! (bowling nak buat , futsal pun nak , ergh ! tamak betul )




FRAGMENT TOLONG ini ;

tajuk teater sebenarnya . macam PUTERI GUNUNG LEDANG kat istana budaya itu.
cuma kat sini murah lah. RM 10 je pun.

jadi . FRAGMENT TOLONG .
dah nama pun fragment tolong ;

mase start-start teater ini , mintak tolong je kerja semua watak-watak dia.

watak 1: ayah . seorang datuk . memberi apa sahaja yang dipinta anak- anak .
punca minta tolong : anak hilang respect disebabkan terlalu manja . (alaaa~bajet anak-anak orang kaya yang spoil itu la. pergi clubbing pun mak ayah tidak halang )

watak 2: anak sulung . lelaki . penagih dadah ( kaya sangat , sampai duit pun buang kat dadah )
punca mintak tolong : menyesal dengan perbuatan dan terjerat dengan dadah. akibat SALAH PILIH KAWAN.

watak 3 : anak kedua . perempuan . mengandung luar nikah (standard lah. diorang ini HALAL HARAM dah tak kenal . haih~)
punca mintak tolong : sebab mengandung lah ! lepas itu , gugur kan tapi buang nyawa yang tak berdosa itu.

watak 4 : anak paling bongsu . lelaki . tapi auwwww~(ops ! NYAH la senang cerita )
punca mintak tolong : terjerat dengan NYAH sampai dibuang keluarga.



review ;



teater yang sangat menarik . mengupas isu-isu semasa (sampai ada yang menangis, terasa agaknya , tambah-tambah masa bab-bab zina itu) . cuma kelemahannya adalah terlalu banyak dialog yang membosan kan tapi keseluruhan ; OKEE!


berpuas hati dan teruja tambah-tambah dekat babak terakhir di mana mayat diseksa itu. menakutkan dan menginsaf kan !





2 thumbs up ! berbaloi untuk tiket berharga RM 10!

kepada pelajar-pelajar MSU yang terlepas itu ; " better luck next time yeeee"



sekian dari gadis kawaii.trimas