October 14, 2013

Deeply true




I get connected easily to this song. Mungkin sebab aku ikhlas. Dan tak mahu kehilanganmu.
Tapi kamu ? 

sekian lama


Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Lama bebenor uols ia tak hapdet belog bersawang ini. Almaklum lah , dah final year memang banyak sangat kerja. Gadis kawaii ni tak mampu ohh nak handle semua sekali. Not A MULTITASKER. 

Anyway, apa motif bunga dibawah? 



Cantik kan? My sorta personal taste. Anyway, back to the story. Bunga ini cantik dan bila bunga ini cantik...kita selalu puji. So, nak kata bunga ini mintak pujian tak jugak. Tapi dah memang sifat dia macam tu. Cantik, kita puji. 

Perempuan pun perangai dia sebijik sangat macam bunga ni. Dah kalau dia cantik, sedikit sebanyak nak lah dia kena puji kan dengan at least -----> jejaka pujaan dia. AT LEAST lah. 

Tak kata perempuan ini terhegeh sangat nak pujian. Tapi apa salahnya, bila perempuan tu bersiap CANTIK-CANTIK. Beli baju vogue aumms aumms sangat. Kau puji lah dia. Bukan dia mintak tapi macam gua cakap AT LEAST, AT LEAST. Tak dapat gua nak tekankan AT LEAST tuuuuuuuuuuuu. 

Nak, nak kalau dia bersiap untuk special occasion ke kan? Tapi takpe lah. Dah kalau kau ego taknak puji, suka hati kau ! Kesian perempuan tu. Kau tak hiraukan dia. 

Bak kata Ustaz Kazim et al, (gaya-gaya thesis dah haa);

Perempuan ini dipuji sikit sahaja oleh suami pun, dah fulfil dah nafkah dari segi batin. Ehemmm. Batin bukan takat ehemm ehemm je. Tapi, batin juga bermaksud perasaannya juga. 

Wallahualam.


Sekian, dari Gadis Kawaii. 

Trimas. 

December 8, 2012

kertas

Hati perempuan ini bukan ibarat tetapi sama seperti kertas.
Kau basahkan dia, kuyup.
Kau genggam dia, ronyok.
Kau koyak dia, lerai.
Sama juga seperti hati seorang perempuan.

Kau ayah?
Kau kekasih?
Kau kawan?

Hati mereka tetap seperti kertas.
Kau sedihkan mereka, maka sedih lah mereka.
Kau pijak kepala mereka, maka teraniaya lah mereka.
Kau hancurkan hati dia, maka patah lah hati mereka.

Tetapi,
Kertas itu kalau kau warna kan dengan warna-warna ceria
Maka bersinar kertas itu.
Kertas itu kalau kau letak kan ayat-ayat azimat
Maka kekal lah ayat itu di situ.
Kertas itu kalau kau jaga
Maka kertas takkan melayang sesuka hati
Bahkan kertas itu akan menjadi khazanah mu sampai bila-bila.


August 25, 2012

Penat

Penat sangat rasanya. Kita menangis tak berpenghujung. Kita korban tak ternampak. Hati kita siapa nak jaga? Kata ornag jagalah hati sendiri. Kalau kita pentingkan hati orang lain, hati kita akan mati. Mungkin mahu hati kita sendiri. Untuk mati tak berpenghuni.
Setiap titisan air mata, setiap keringat perngorbanan untuk awak.
Hati saya akan mati. Percaya lah. Hati saya akan mati.
Bila masa itu tiba, jangan awak toleh kebelakang dan menilai hati hidup saya.
Kerana hati ini akan mati. Tak lama lagi.