November 30, 2010

tak kenal, maka jangan terburu-buru menilai

assalamualaikum



salam senyuman.

hari ini MSU telah melancarkan salah satu program MEGA mereka.

"U COMMUNITY"

saye akui majlisnya sangat meriah.
dek kerna tepukan dan sorakan yang sangat hebat tahap GIGA bagi saye.

heee.

tahniah MSU.


ke cerita yang seterusnya;


TAK KENAL, MAKA JANGAN TERBURU-BURU MENILAI


haih~
selalunya, penceritaan atau kupasan saye di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman saye sendiri.

pengalaman dapat diiktiraf sebagai pengalaman apabila anda telah melalui 3 aspek ini:

pertama : dengar. anda mendengar pengalaman yang bakal anda lalui atau anda sering dengar tapi tak pernah lihat dengan mata kepala sendiri.
kedua : lihat. anda melihat sendiri pengalaman yang anda ingin lalui atau bakal lalui itu.
ketiga : rasa. anda merasai berada dalam pengalaman yang anda kehendaki.

setelah anda lulus melalui ketiga-tiga aspek ini, anda dapat dabik dada dan berkata " iye , saye BERPENGALAMAN "


dan.

dalam apa yang bakal saye kupaskan ini adalah berdasarkan, PENDENGARAN, PENGLIHATAN & PERASAAN saye.

tak kenal, maka jangan terburu-buru menilai.

kes 1;

si polan baru pindah ke tempat baru, rumah baru lah senang cerita.
bagi dia, keadaan indah sekali.
iye lah tempat baru.
orang dalam rumah pun al-konon konon baik baik belaka kan?
jadi, dia menilai bahawa orang di rumahnya itu baik-baik sangat.
dia cerita pada satu dunia betapa baiknya mereka dengan dia.


setelah 3 bulan...

si polan : ibu, saye nak pindah keluar lah. berulang alik dari rumah pun saye tak kisah.
ibu si polan: kenapa?
si polan : .......

hmm..itu lah baru je masuk kandang kambing kan?
takkan lah kambing nak buang najis depan awak.
lama-lama bila dah hilang fasa 'malu-malu' , fasa 'kenal-kenal'
baru awak tahu SIAPA mereka sebenarnya...
ke awak yang tak baik sebenarnya kan?


kes 2;

si putih : ahhh. taknak lah berkawan dengan die. dressing bukan main seksi. naik seksa aku dibuatnya. dah la gedik dia itu.

si putih beranggapan si hitam ini jahat lah.
baru dua tiga hari kenal.
macam kite mula-mula mase orientasi lah.
kite tengok orang itu, orang ini ada je yang tak kena.


setelah 3 bulan....

si putih sudah mengenali si hitam dengan lebih dekat.
tak dia sangka, si hitam ini berjiwa besar.
seorang sahabat yang bole lah dikatekan stok utk ' dunia akhirat' kan.

Alhamdulillah.


banyak je lah cerita ini.
manusia kan suka menghukum sesama sendiri.
Tuhan pun takde lah label manusia ini dengan label;

gedik, cantik, jahat, cerdik, tak cerdik, ego, dll.

kite je yang buat kerja seperti itu.

jadi untuk mengelakkan keCELAKAan hati kelak,

jangan lah menilai orang itu baik sangat ke, jahat sangat ke.

beri tempoh. kenali individu itu.nilai selepas mengenali.


fikir-fikirkan ye...


sekian dari gadis kawaii. trimas.




November 29, 2010

kalau baik sangat, orang pijak kepala.

assalamualaikum




salam senyuman.

akhirnya SEM 3 di MSU suda start.

so far, so good.

okee lah. walaupun tidak lah seindah mane.
5 subjek diambil utk sem ini.

dengan keputusan yang saye peroleh dari sem lepas,
saye akan cuba 'up' kan lagi pointer saye.

INSYA ALLAH.

senyum. senyum. double senyum di hati.

okee.

isu kali ini,

KALAU BAIK SANGAT, ORANG PIJAK KEPALA.

sebab itu lah ade pepatah yang kate : buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

ada kejadian ke sebalik kata-kata ini?

opss! biarlah RAHSIA kan?
haha.

hmm berbalik pada kata-kata tadi.
sesetengah kejadian yang berlaku dalam hidup saye saban hari
membuatkan saye terfikir ade betulnya semua itu.

kalau dulu, saye sering terfikir.

'alah, buat baik pada orang nanti Insya Allah, Tuhan balas perbuatan kite itu'

tapi, macam pemikiran saye itu agak kuno buat mase sekarang.
sebab bukan semua manusia di muka bumi ini baik-baik belaka.

ada aje yang nak pijak kepala kita satu hari nanti.

so, harus lah kite berjaga-jaga kan?

hehe

jadi selepas ini, kalau saye jahat sikit.
jangan lah marah yeee.

sikit je saye nak jahat.
tak banyak.

kadang-kadang orang yang rase dia baik itu, takde lah baik sangat kan?
sebab dia rasa dia baik.

bagi saye, siapa yang rase dia jahat itu, bole la consider dia baik.
sebab dia sedar kan dia jahat??

hmm.

saye biarkan anda yang tentukan semua ini.

baik , jahat ini sangat subjektif bukan.

hmm~

(?_?)


sekian dari gadis kawaii.trimas.

November 27, 2010

andai saye tiada esok.

assalamualaikum


salam senyuman.

setelah tak dapat tidur semalaman dek kerna masalah yang bergelumang di dada
dan di kepala.

maka tercetus lah idea utk saye menulis entri kali ini.

macam seram je bunyi die kan?

ANDAI SAYE TIADA BESOK.

ape akan terjadi di kala saye tiada esok?
ape akan jadi pada dunia? (sekurang-kurangnya dunia di sekeliling saye lah kan?)

hmm.
mari saye pikir-pikir kan.

ape yang penting diri yang kerdil ini,
kalau saye ditakdirkan pergi pun, saye nak lah
cukup lengkap rukun Islam.

1. mengucap syahadah.
2. sembahyang cukup 5 kali sehari.
3. puasa di bulan Ramadhan.
4. bayar zakat.
5. menunaikan haji.( dlm kes ini, saye tak de la fulus lagi kan?)


yang kedua saye akan lihat adalah;

1. saye telah membahagiakan orang-orang di sekeliling saye.
2. berkorban apa shaja demi yang tercinta dan yang tersayang.
3. tengok orang-orang yang saye sayang senyum.


itu ape yang saye harap saye dapat lakukan sebelum saye pergi.

maka setelah saye pergi nanti, saye tak mintak banyak.

cuma kirimkan bacaan YASSIN pada saye.

cukup memadai.

andai saye tiada esok.
lihat lah matahari.
matahari itu umpama saye yang ingin lagi menyinari hidup-hidup anda.



:)



sekian dari gadis kawaii.trimas.

November 25, 2010

perubahan.

assalamualaikum



salam senyuman.

ada apa dengan perubahan.
kenapa ingin saye kupaskan persoalan perubahan di saat dan ketika ini.


kerna saye terasa bahwa telah berlaku suatu perubahan yang mungkin saye tak suke.

ape dia?

BIAR LAH RAHSIA.

tapi manusia sentiasa berubah.
sikap mereka mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

KES 1

kalau tak, orang tak panggil lah 'culture shock'.

pada mulanya, duduk di desa.
ape itu clubbing pun tak tahu.

tapi sekarang.
dia pantang tak pergi clubbing.
ladies night je...dia yang laju ajak teman-teman pergi.

perubahan namanya itu.
tapi ke arah keburukan.
bukan saye menilai sikap orang itu.
tapi.
ini adalah KATA AGAMA sendiri.
bukan saye yang cakap pergi 'clubbing' itu tak elok.

fikir-fikir kan.


KES 2.

dulu cinta bagai nak rak.
berpisah sms sebentar pn da rindu bagai-bagai.
sms 24 jam kalau bole.

tapi bila makin lama.
bole pulak ke awak nak sms 24 jam sehari.
bukan takat jarang sms tapi
kalau sms pun tak bersungguh.
buat jadi bahan carutan, sumpahan ade lah.

perubahan namanye itu.

ke arah kebosanan.


KES 3.

dulu rapat bagai nak gile.
kate kawan dunia akhirat.

tapi

bila dah berpisah tempat.
nak tanya khabar pun jangan harap.
nak jumpa muka.
perghhh memang tak lah kan?


perubahan namanya itu.

perubahan ke arah perpisahan.



KES 4.

dulu sembahyang tak pernah nak cukup 5 waktu.

orang tanya sembahyang tak?
sembahyang katenye...tapi berani ke mengaku tak cukup 5 waktu?

SUDAH TENTU LAH TAK KAN?

ade yang lagi teruk pada itu.

sembahyang, insaf bile datang bulan Ramadhan bertandang.
lepas Ramadhan, Syawal memang dia raya sakan.
sampai tak ingat sembahyang.

tapi ade yang berubah, dan terus mengamalkan yang FARDHU digalas manusia.

Alhamdulillah.

perubahan jugak itu. perubahan ke arah kebaikan. syukur...


hmm.

banyak kan perubahan?

dan selalunya sikap manusia ini macam trend.
same macam sekarang segenap remaja beli DSLR.
padahal bukan semua tahu fungsi punat yang ade kat kamera itu.

yang die tahu snap gambar.
edit sikit-sikit pakai picnik. lepas itu nak bangga sana sini.

kesian peminat DSLR sejati.
marah mereka-mereka ini.
minat mereka diperkotak -katikkan oleh 'PENGIKUT-PENGIKUT TREND' !

berbalik pada sikap manusia.
kalau sekarang trend 'kiss-kiss' depan pavilion.
lepas ini, mungkin adegan' kiss-kiss' tepi jalan ini dianggap kebiasaan dan bukan lagi kegiatan yang tidak bermoral.
haih~
manusia. sebelum lakukan perubahan.
lihat lah sekeliling.
kadang-kadang yang original itu lebih enak dari di-'modified'

tak begitu?


renung-renung kan lah...


sekian dari gadis kawaii.trimas