November 30, 2010

tak kenal, maka jangan terburu-buru menilai

assalamualaikum



salam senyuman.

hari ini MSU telah melancarkan salah satu program MEGA mereka.

"U COMMUNITY"

saye akui majlisnya sangat meriah.
dek kerna tepukan dan sorakan yang sangat hebat tahap GIGA bagi saye.

heee.

tahniah MSU.


ke cerita yang seterusnya;


TAK KENAL, MAKA JANGAN TERBURU-BURU MENILAI


haih~
selalunya, penceritaan atau kupasan saye di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman saye sendiri.

pengalaman dapat diiktiraf sebagai pengalaman apabila anda telah melalui 3 aspek ini:

pertama : dengar. anda mendengar pengalaman yang bakal anda lalui atau anda sering dengar tapi tak pernah lihat dengan mata kepala sendiri.
kedua : lihat. anda melihat sendiri pengalaman yang anda ingin lalui atau bakal lalui itu.
ketiga : rasa. anda merasai berada dalam pengalaman yang anda kehendaki.

setelah anda lulus melalui ketiga-tiga aspek ini, anda dapat dabik dada dan berkata " iye , saye BERPENGALAMAN "


dan.

dalam apa yang bakal saye kupaskan ini adalah berdasarkan, PENDENGARAN, PENGLIHATAN & PERASAAN saye.

tak kenal, maka jangan terburu-buru menilai.

kes 1;

si polan baru pindah ke tempat baru, rumah baru lah senang cerita.
bagi dia, keadaan indah sekali.
iye lah tempat baru.
orang dalam rumah pun al-konon konon baik baik belaka kan?
jadi, dia menilai bahawa orang di rumahnya itu baik-baik sangat.
dia cerita pada satu dunia betapa baiknya mereka dengan dia.


setelah 3 bulan...

si polan : ibu, saye nak pindah keluar lah. berulang alik dari rumah pun saye tak kisah.
ibu si polan: kenapa?
si polan : .......

hmm..itu lah baru je masuk kandang kambing kan?
takkan lah kambing nak buang najis depan awak.
lama-lama bila dah hilang fasa 'malu-malu' , fasa 'kenal-kenal'
baru awak tahu SIAPA mereka sebenarnya...
ke awak yang tak baik sebenarnya kan?


kes 2;

si putih : ahhh. taknak lah berkawan dengan die. dressing bukan main seksi. naik seksa aku dibuatnya. dah la gedik dia itu.

si putih beranggapan si hitam ini jahat lah.
baru dua tiga hari kenal.
macam kite mula-mula mase orientasi lah.
kite tengok orang itu, orang ini ada je yang tak kena.


setelah 3 bulan....

si putih sudah mengenali si hitam dengan lebih dekat.
tak dia sangka, si hitam ini berjiwa besar.
seorang sahabat yang bole lah dikatekan stok utk ' dunia akhirat' kan.

Alhamdulillah.


banyak je lah cerita ini.
manusia kan suka menghukum sesama sendiri.
Tuhan pun takde lah label manusia ini dengan label;

gedik, cantik, jahat, cerdik, tak cerdik, ego, dll.

kite je yang buat kerja seperti itu.

jadi untuk mengelakkan keCELAKAan hati kelak,

jangan lah menilai orang itu baik sangat ke, jahat sangat ke.

beri tempoh. kenali individu itu.nilai selepas mengenali.


fikir-fikirkan ye...


sekian dari gadis kawaii. trimas.




3 comments:

  1. i like..byk mksd tersirat yew..

    ReplyDelete
  2. yes2 betul2..jgn judge seseorg before knl hati budi die..:)

    ReplyDelete

sila...sila