February 28, 2011

susah

assalamualaikum





salam senyuman :)










Apa kejadah nya perkaitan antara gambar di atas dengan tajuk entri hari ini ? Nak beritahu yang lab test hari ini macam HAREMMMMMM je.

Bukan lah susah cuma tak cukup masa je. Itu yang kasi bengang je gua hari ini. PANAS je hati kan? Tapi apa kan daya, rezeki takat itu je. Terima je laaa. Dari tak boleh jawab langsung , at least dapat jugak la saya menjawab kan ?

Okeeee! *positive-thinking segera !*

Adakah hari ini lebih menarik dari kelmarin ? Errr~ tak jugak.

Ohhh ! Nak ! Nak teddy bear ! (tiba-tiba pulak kan)
Ahhhh~ perempuan nak exam ni. Bile tension memang saya suka merapu.


FAKTA : Saya tak suka awak mengeja buat kepada BUAD . Saya tak suka awak mengeja la dengan LEW.

AUTA : Saya ni sombong. Saya tak kata lah saya baik...tapi saya takde lah sombong okeeee manusia sekalian.






Kan saya dah cakap, bila saya tension , saya banyak merepek .





sekian dari gadis kawaii.trimas


February 27, 2011

stress



assalamualaikum

amaran : tahap stress dalam jiwa sangat HEBAT !


ini natasha ketika stress



Salam senyuman .

Tapi ; tak tersenyum sangat lah . Tengok gambar atas itu , dah lebih kurang sama je dengan muka saya dah. Esok adalah hari yang sangat -sangat mendebarkan dada .



LAB TEST : OPHTALMIC OPTICS
TIME : 10.30 AM
VENUE : DISPENSING LAB



Oleh kerna itu lah saya terasa STRESS . Tapi takpe, kita harus tenang . Betul tak ? Baru lah boleh fokus !
Satu perkara yang saya sering ingat kan pada diri sendiri , " think positively" .





Takpe , takpe. Kalau kita dah sedia , kita akan gementar , bukan TAKUT . Jadi , semalam saya dah berjaya habiskan Avatar , hari ini saya akan habis kan STUDY pulak.


Ayuh ! Tiada kejayaan datang bergolek tanpa usaha. Usaha ! Usaha ! Usaha !
Rakan - rakan OPTOMETRY ,good luck eh ? Ohhh ~ and happy birthday kepada coursemate saya : MOLY !






sekian dari gadis kawaii.trimas.


February 26, 2011

avatar


assalamualaikum






Salam senyuman :D

Haaa~ hari ini kan cuti - cuti Malaysia. Apa lagi , layan cerita lah !
Jadi hari ini cerita yang menjadi pilihan adalah :

AVATAR THE LAST AIRBENDER


Dah lama sebenarnya saya melayan cerita kartun ini. Jadi , malam ini saya berazam untuk menghabiskan semua 'season' (walaupun lab test hari Isnin nanti. HAHA)

Bagi yang tak pernah layan atau tahu akan kewujudan cerita ini , meh saya kasi review sikit ;

Aang merupakan seorang avatar yang bertanggungjawab dalam memastikan kestabilan dunia. Setelah lenyap selama 100 tahun , dia berazam untuk menolong setiap kaum elemen di dunia untuk aman semula. (skema pulak ayat - ayat saya ni)

Dalam cerita ini , Aang ada 2 binatang peliharaan : Apaa dengan Momo . Comel wooooo~ Serius ! Fluffy and cute !




Ohhhhh !

Mari sambung melayan kartun , bebeh !




sekian dari gadis kawaii.trimas










February 25, 2011

bowling membawa maut ?

assalamualaikum




Salam senyuman

Tahukah anda bahawa BOWLING boleh membawa maut ?




tettttt!

Saje je ni , nak kasi tajuk gempak sikit. Kalau tak, takde nye anda - anda semua nak tengok entri saya , kan?

HAHA

Jadi, berbalik kepada entri kali ini .
BOWLING JE. "membawa maut " boleh buang jauh - jauh eh.
Semalam , budak - budak optometry MSU ada mentoring activity.

BOWLING TOURNAMENT
TEMPAT : PLAZA ALAM SENTRAL
PEMAIN : 18 ORANG (tidak termasuk lecturer ye ) & bersama students dari School Of Pharmacy


Okee lah. Jadi , finals dah nak dekat . Apa lagi ? Time ini lah kalau nak bodek lecturer pun kan ? Mane tau dapat 2-3 ketul tips yang menjana minda supaya membaca apa yang patut jeeee untuk exam. Takde lah cramp otak baca semua nota tapi masuk ...alahai ciput je.

Sebelum bermula nya tournament , sememangnya banyak lah masalah yang timbul. Sampai ada yang tak dapat main pun.

Bayang kan ? Bayar RM 10 tapi tak dapat main. Memang budak - budak ini PANAS. Tapi , sampai nak akhir - akhir , nampak semua dah enjoy. Alhamdulillah




di bawah merupakan sebahagian babak - babak drama swasta semalam masa tournament ;


diskusi tentang masalah - masalah dalaman yang tak dapat dielakkan

athirah yang STRIKE masa first time baling . hebatt ahh (loghat kelate)

lecturer optometry (sir harun , sir hassan )


sir zaki yang al- kunun tak pernah main bowling (padahal, hebat je kot )


ini afiq , pemain paling hebat ! score paling banyak tu beb





ohh . Minggu ini sangat memenatkan . Mahu lelapkan mata.



sekian dari gadis kawaii, trimas.

February 23, 2011

entri tentang tagged

assalamualaikum



salam senyuman. okeeee . hari ini sangat penat ye rakan - rakan. Tapi , ada masa lagi ni untuk tagged - tagged ni.

Jadi , ayuh !

RULE : Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.


I AM :

well , name pun natasha. sekali type , keluar gamba natasha bedingfield pulak. kira kembar lah ni .*hikhikhik(perasan)*




I REALLY WANT TO GO TO :

Haaaaa~ ada hati nak pergi greece ni. Cantik kot pantai dia. Nak honeymoon sana lah nanti :D




MY FAVOURITE PLACE:

Ini favourite place saya. Tak kira lah jejak ke mana pun, mesti ada TEMPAT UNTUK TIDUR !




MY FAVOURITE THING :

yeeee ! saya tidak dapat hidup tanpa hp. sebab , nak rasa DEKAT dengan yang tersayang. *kan abang kan?*





MY FAVOURITE DRINK :

yes. i am addicted to coffee. LESU tanpa kopi tau .




MY FAVOURITE FOOD :

ohhhh! tengok gambar pun dah lapar gila! yum yum yum ! char kuey teow tercinta!





MY FAVOURITE COLOUR :

purple ! nak baju sanding nanti , PURPLE ! tau tau ! ;)




I WAS BORN IN:

ini hospital bersalin kuala lumpur ye rakan -rakan.



I LIVE IN :

technically sebab jarang - jarang balik ipoh sekarang , so consider saya tinggal di Shah Alam la eh ?




MY SCHOOL/ COLLEGE :

ini lah MSU, shah alam. padahal, pelan ni tak siap lagi pun...



MY FAVOURITE STORIES :

hehe :D cerita yang sangat sweeet kot




MY HOBBY :

photography :D
*tapi takde la kerap mane pun buat photoshoot*





I WANT TO BE :

well , saya nak jadi berjaya lah !
in life , love , family, kerjaya dan yang sewaktu dengannya.










okeeeee. so sekarang saya nak tag :





sekian dari gadis kawaii.trimas

February 22, 2011

lawatan

assalamualaikum


salam senyuman :)

huuuu~ berakhir sudah satu hari . penat tak terkata lah .

tadi BATCH 1 optometry MSU buat lawatan ke kilang lens. memang penat . pergi siap pakai kereta sendiri lagi tau. HAHA

ape lah saya ni , tersasar cerita dah.

okeee. kembali pada cerita tadi , kami gerak ke Ampang *mujur dah biasa dengan kawasan tu* pukul 100 petang.

sampai-sampai dalam pukul 200 tu , terus kami kena briefing dengan mr yap.

MVISION ; nama syarikat diberi. alaaaa~nak cari senang je. atas secret recipe , dekat spectrum. *cerita iye-iye je macam korang tahu kat mane pulak kan. bukan Pavilion ke Low Yat ke. haih~*

oohhh lepas tu , berbekalkan perut yang berkeroncong bunyi- bunyi macam harimau mengaum ni , gagah kan lah diri saya ni untuk tengok jugak semua demonstrasi kat kilang tadi...


pendek kata : PENUH ILMU. suatu lawatan yang penuh ilmu . menarik dan ....


BARU SAYA TAHU MACAM MANA DIORANG 'COATING' LENS.


di bawah merupakan sedutan - sedutan atau babak - babak di kilang MVISION












okeeeee . dah penat . mahu rehat .


sekian dari gadis kawaii.trimas.