April 28, 2011

amaran palsu

Assalamualaikum







Salam Senyuman .


Suatu amaran palsu berlaku . Apakah itu ?









DUIT PTPTN DAH MASUK !!!




Sekali check balance kat Bank Islam ;





RM ( tak masuk lagi )




kecewa nya ......





Itu je ! Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.

April 27, 2011

madah sakit hati

JANGAN SAMPAI GADIS INI










tawar hati .



dia takkan ambil peduli lagi .




dituduh sana - sini . aku kau masih sama lagi ?

hati dari dulu lagi

HARI INI ,








HARI ESOK .





kau dan aku tetap tak sama . tapi mungkin kita serupa .

kalau pengorbanan di biar di pandang belakang.
kalau bersefahaman tetapi tak sehaluan.
kalau berdiri tetapi yang sebelahnya rapuh .




TENTU KELEMAHAN ITU , AKU KAU tak nak sentuh .

April 25, 2011

Charityyyy feelin'


Assalamualaikum





Salam Senyuman . Hmmm ~ ape kejadahnya di bawah ini ?







Ini tabung namanya . Untuk charity event yang kiteorang ( BFST & BOP ) akan jalankan bersempena dengan projek kokurikulum kiteorang.

Perghhhh ~ oleh itu , mari lah datang melihat muka - muka kami di MSU esok ! Untuk yang ambil Finals dan Mid -Sem , GOOD LUCK peeps !




Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.

April 21, 2011

Bieber sygggg

Assalamualaikum





Salam Senyuman .

Memperkenalkan , ini BIEBER , Justin BIEBER .




Kenapa entri BIEBER ini tiba -tiba melekat di sini . Sebab kat TWITTER itu , MELAMBAK je yang tweet pasal dia . Wow ! Bebeh , bebeh kan ... bak kata si bibir ini .




Okeee . Nampak sangat saya bosan . KAN ?



BIEBER , Welcome to Malaysia . Jangan kau bawak bala sudah . Bising pak cik ambulans dalam hantu kak limah itu kang . Dah la bini dia ade seminar . HAHA






Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.

April 19, 2011

27 bulan





Assalamualaikum









Dah 27 bulan kan ?






A love that i know will never have any ending .



Terima kaseh insan yang bernama : Muhammad Nur Asyraf yang ;


1. banyak berleter bila saya buat silap .
2. banyak nasihat saya bila saya takde idea .
3. banyak menyokong dan mendokong saya (okeee ini tipu sebab saya berat) di kala saya sedih .
4. banyak memberi kaseh sayang yang terlimpah - limpah ruah yang teramat .
5. banyak menjadi ruang yang saya rajin merepek -merapik .
6. banyak nyanyi lagu - lagu sweet untuk saya bila bergayut takde idea bercakap .
7. banyak menjadi pengkritik yang jujur kepada saya dan menegur dalam cara yang lembut.
8. banyak makan - makan dengan saya supaya saya tak gemuk sorang - sorang .
9. banyak ajar saya main camera supaya saya tak main mode AUTO je.
10 . banyak melayan loyar buruk saya yang sememangnya buruk .




dan banyak lagi lah .



Sayang , terima kaseh untuk 27 bulan ini . Dan mari berdoa untuk hari -hari yang mendatang eh , abang ?




ILY ;')

tips memulakan senaman

Assalamualaikum





Salam Senyuman . Haaaa~ dah lama sebenarnya saya berangan nak buat entri berdasar kan TIPS - TIPS . Tapi kali ini , berkesempatan jugak . Kenapa saya kemukan tips untuk memulakan senaman ? HAAAA ~ sebab kalau cara senaman salah , boleh rosak satu badan tahu .


Tadi saya terkedek - kedek lah pergi berjogging di Taman Tasik Shah Alam , ternampak beberapa kalangan manusia yang nak bersenam tapi tak kena gaya . Oleh itu , moh kite tengok tips -tips yang saya dapat kongsi kan sedikit bersama anda.





TIPS 1 : KASUT



Nak berjogging kak , tak boleh main bedal selipar ke , sandal . Kite kena pakai kasut yang bersesuaian dengan aktiviti kite . Saya tak cakap yang anda -anda kena beli ADIDAS ke NIKE ke REEBOK ke . Yang penting kasut itu selesa dan sesuai dengan aktiviti kite. Baru lah kesihatan kaki terjaga dan tidak menambah beban ke atas tulang kaki dek sebab kasut kite itu tak "shock -absorben" .


TIPS 2 : BAJU


Baju hendak lah jangan ketat - ketat sangat . Takut kita sendiri yang tak selesa ye rakan -rakan . Cari baju yang sedang - sedang elok untuk tubuh kite. Dan seluar pun same , jangan ketat sangat , jangan longgar sangat . Kalau ketat , tak bernafas otot -otot , tak bebas diorang nak bergerak . Kalau longgar sangat pulak , takut nanti berat untuk kita bawak tatkala kite bersenam . Jadi keyword die kat sini : Yang sedang - sendang elok eh .


TIPS 3 : WARM UP , COOL DOWN .


Tengok makcik - makcik kat bawah ini , mereka warm up dan cool down ketika mahu memulakan serta menghabiskan suatu rutin senaman . Siap tulis lagi apa fungsi warm up dan cool down ini . Sedia maklum dah kan ?


TIPS 4 : DENGAR LAGU


HAAAA ~ dengar cerita apabila kite berjogging atau beriadah sambil mendengar lagu dapat membakar lebih kalori . Oleh itu , dengar lah lagu kalau - kalau rasa bosan je kan jogging sorang - sorang itu .



TIPS 5 : KEMAMPUAN



Ini yang penting . Bersenam ikut kemampuan sendiri ye rakan -rakan . Jangan push diri sendiri untuk melakukan sesuatu luar batasan badan kite . Kalau rasa boleh buat takat 20 minit , buat 20 minit dulu . Tingkat kan kemampuan secara perlahan - lahan . Bak kate orang yang ada english education ; level by level eh .








Berbekal kan tips yang saya beri tadi , harap -harap bermanfaat lah buat anda- anda yang baru nak berjinak - jinak dengan senaman ke . Atau yang memang tengah mengamalkan rutin senaman ke . Eh ? Salah silap saya , harap diampunkan .



Selamat Beramal .



Sekian dari Gadis Kawaii . Trimas .



April 17, 2011

Jangan baca

Assalamualaikum








Salam Senyuman . Ehem ehem ; aktiviti hari ini adalah terbaik dari ladang .


- Pasar Pagi Shah Alam . Disyorkan buat kakak - kakak baru kahwin , nak cari tudung atau shawl yang up to date ,mak cik - mak cik nak masak untuk keluarga besar , kaki cari makan pelik - pelik dan juga paparazzi yang nak artis tak mandi lagi . HEHE

- Masuk bilik sambung tidur . *Alah macam tak biase pulak kan *
- Bangun lapar gila !

-Keluar cari makan .


Malam pun menjelma . Okee . Boleh tidur kan ? TATATA~




HAAAA~ kan awal - awal tadi dah cakap ; JANGAN BACA . Degil ~ HEK~





Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas .

April 16, 2011

Educate peragut

Assalamualaikum



Salam Senyuman . Hari ini hujan sepanjang hari . Dengan keadaan demam dan kuma - kuman berlari - lari anak kat hidung ini , memang terbaik .


Entri hari ini ; Educate Peragut . Peragut ini macam dah jadi suatu epidemik kat negara kita . Mana tidak nya , kalau nak jalan - jalan kat KL itu , macam takut - takut je . Sebab risau jadi macam kat bawah ini .










Risau - risau . Nak bawak hand bag pun dah jadi risau. Macam mana gayanya ? Nak jalan - jalan kat Bukit Bintang pun risau , nak SHOW - OFF hand bag pun dah jadi risau . Kalau pakai yang berjenama macam GUCCI ke, LOUIS VUTTON ke , PRADA ke ; nak ragut kira masuk akal lah jugak .

Ini nenek yang pakai hand bag beli kat pasar malam pun jadi mangsa eh ? BALA BALA ~

Oleh itu , pada pendapat saya lah , PERAGUT - PERAGUT ini kita kena educate . Bukan amaran macam iklan kat TV je . Yang tengok TV ini , orang - orang baik jeeeee. Kaki - kaki ragut mana lah ada masa nak tengok TV , iklan pasal peragut tak sampai 5 minit , kan ?

Jadi , mari educate peragut -peragut dengan cara lain .

1 . Tangkap si peragut letak kat tengah - tengah dataran merdeka , sambil polis jaga . Oke tak ?
2. Letak kat papan - papan iklan statistik berapa ramai peragut yang mati sebab meragut .
3. Jadikan diorang ini , benda yang diorang benci . Macam tukang jaga parking ke ? Tukang paip ke ? Pencacai tahi ke ?
4. Bawa je diorang ini pergi medan perang , tak pun join sukarelawan yang kat JEPUN ke kan ?





Saya dah ketandusan idea . Anda bagaimana ?



Sama - sama lah kita fikir kan cara untuk elak diorang - diorang ini daripada ragut orang lain .




Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas .

April 15, 2011

Anak , Rezeki

Assalamualaikum


Salam Senyuman .

Hari yang agak membosankan dan sangat suram. Saya DEMAM . Terima kasih kepada kuman - kuman kecil yang berlari - lari riang di dalam badan.


Natural Parenting




Anak adalah satu kurniaan . Rezeki kata ISLAM . Kalau anak itu anak dalam perkahwinan maka berbahagia lah segenap manusia menerima kedatangan bayi itu . Jikalau secara HARAM nya dia lahir ke dunia ini , maka masyarakat akan meludah dia , diskriminasi berlaku .

Bukan salah anak itu ; dia lahir pada waktu yang salah . Tugas kita , didik dia ke jalan yang benar . Bawa dia ke jalan yang kita inginkan . Lentur dia ketika dia masih kecil . Bukan buang manusia tidak ber - bin atau binti ini .

Yang salah mungkin ibu bapanya . Kurang iman . Tapi masih lagi makhluk ALLAH . Bimbing mereka .

Anak - anak yang lahir pada waktu yang salah ini sering jadi korban . Rezeki yang terkorban . Entah salah siapa ? Semua pakat menuding jari . Padahal , semua itu kembali tertuding pada diri sendiri . Jangan cari siapa yang salah . Cari macam mana nak selesaikan masalah .


Manusia -manusia . Ada arah tuju . Tapi sibuk jaga tepi kain orang . Sibuk nak jadi pengkritik sejati orang lain . Bila diri sendiri dikritik , tahu pula marahnya .




Renung - renungkan ~



Sekian dari Gadis Kawaii . Trimas.

April 14, 2011

muka depan

Assalamualaikum






Salam Senyuman . Tersenyum jugak lah . Penat lah bai aktiviti penuh - penuh belako .

Okeee. Straight to the point ayuh !

Muka depan Metro hari ini :



Hilang kaki kerana menolong

untuk cerita selanjutnya sila - sila lah rajinkan diri ke link ini.

Kalau di baca cerita surat khabar hari ini ; memang sangat lah kejam SI PELANGGAR ini . Dah langgar orang , dia lari pulak . Bukan sebarang orang , naik TOYOTA ESTIMA kot . Sah - sah lah manusia ini LOADED kan ?

Tak ke dah mencemarkan nama baik orang - orang kaya ? Macam mengiyakan aje kenyataan bahawa :

ORANG KAYA MEMANG TAK GUNA .
ADA DUIT , OTAK LETAK KAT LUTUT . TAK PUN KAT BONTOT DIA.

Haaaa ~ kan dah jadi emosional . Bukan nak kata orang kaya ini tak berhati perut ke , ape ke . (Sila jangan nak terasa sangat , kalau rasa diri itu berguna ) Cuma ,bila dah ada duit , masak pun dah tak kan ? Basuh baju pun dah tak kan ? Kereta Malaysia pun dah tak pandang kan ?

Cer cite , orang kaya mana yang naik 'public transport' kat Malaysia ?

TAKDE . Semua riak je naik audi lah , mercedes lah , bmw lah . Haih ~ BALA BALA .

Bukan tujuan saya nak menilai awak - awak yang kaya atau anak- anak orang kaya . Cuma fikirkan , manusia ini sama sahaja . Udara yang masuk dalam badan pun sama jenis , udara yang keluar dari badan pun sama jenis . (Cuma lain bau je kot .)

Jangan lah menindas mereka mereka yang tak mampu . Macam cerita berita hari ini ; yang KAYA LARI . Yang tak mampu ini SIAP MENOLONG lagi .

Tak salah nak menolong kan ? Tanpa mengira darjat . Kumpul pahala , luas lubang kubur .




Sekian dari Gadis Kawaii . Trimas .




April 13, 2011

I've been tagged

I've been tagged by Aena Wani , best buds in MGS Ipoh !
TQ darl !







1) Adakah anda rasa anda HOT?
Takde lah hot kot . Cume SEXY je kot . HAHA .

2)Upload gambar Wallpaper/Pic anda guna sekarang.

hitam , i know. Malas nak letak yang fancy - fancy. Simple is enough for me.

3) Cerita pasal gambar
Just like i said , Black . It is simple . Enough .

4) Bila kali terakhir anda makan ayam?
Baru tadi kot. Makan nasi ayam claypot Giant. Yum ! Yum !

5) Lagu terakhir yang anda dengar?
Err ~ lagu ape eh ? Lupa lah ! Rocketeer kot .

6) Apa anda buat semasa menyelesaikan tag ini?
Hehe sedang sms sayangssssss . Muahx !

7) Selain nama sendiri anda dipanggil apa?
Kakak , Tasha , Err~ itu je kot . Kalau dulu - dulu Nanas lah , Nash lah =)

8) Tag 8 orang.
Fahmi .
Shirrin .
Lia .
Asyraf.
Zoey zouyah.
Kak Mimi.
Qieyna.
Ain Hanani.

9) Siapakah no 1 anda? (merujuk soklan no 8)
Fahmi , Boipren Shirrin .

10) Katakan sesuatu untuk no 5. (merujuk soklan no 8)
Hai !

11) Orang no 3 berhubung dengan sapa? (merujuk soklan no 8)
Berhubung dengan siapa ? Maksudnya ? Lia kawan Asyraf .

12) Bagaimana pulak no 4? (merujuk soklan no 8)
Ini cinta hati <3 love love love !

13) Pesanan buat no 6. (merujuk soklan no 8)
Kak mimi , tido basuh kaki . HAHA :)

14) Kata-kata cinta buat no 2. (merujuk soklan no 8)
Ohh Shirrin manja ! Bile nak baring kat bahu i lagi ? ;)

15) Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan? (merujuk soklan no 8)
Ohh Ain Hanani dengan Qieyna . Dua - dua comel sangat !

16) Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang anda tag no 1. (merujuk soklan no 8)
Ahah ! Ini payah , sebab tak kenal sangat kan . Try je la. Dia sepet , dia boipren Shirrin , dia blogger tegar (tapi sekarang jarang update , Dia ada motor . Dia .....errrrr ~ Orang Ipoh !

17) Persamaan antara kambing dan lembu
Dua - dua ada susu . Yang manusia guna.

18) Perasaan bila jawab tag nie.
Teruja ! Tapi ngantok .

19) Gay or les.
Straight lah bai .





April 12, 2011

Telur ohh telur

Assalamualaikum







Salam senyuman .

Telur oh telur . Dah kecoh pasal telur satu Malaysia .







Telur tiruan ? Telur asli . Sekarang telur tiruan pun dah wujud . Bukan takat beg tangan tiruan ke , barang kemas tiruan ke , tapi benda yang nak buat makanan , TELUR pun nak jugak jadi tiru - tiruan .

Satu je maksud dia : BALA BALAAA (gaya ucop wilcha)

Mana tak bala . Kalau yang melekat kat badan manusia pun tiruan sekarang yang nak masuk badan manusia pun jadi tiruan . Memang parah lah eh kawan -kawan . Kalau dulu silikon - silikon je nak melekat - lekat berjinak - jinak kat badan manusia , sekarang nahhh kau : Telur pulak jadi cerita nya .


Oh manusia , kita tak sempurna . Jangan nak mengejar keduniaan sangat lah ! Nak untung punya pasal , telur pun tiruan . Kalau membawa kepada kebaikan , tiruan pun tiruan lah kan ? Janji tak bawa bala pada tubuh badan . Tapi kalau bawak bala pada manusia , hmm elok sangat lah . Manusia pun nak bunuh sesama manusia sekarang . Sama dah rupa dengan setan .


Senang kerja si Setan sekarang . Bisik sikit ; manusia oke je .



Zaman globalisasi ; Zaman paling bahaya tahu ? Manusia dengan Setan dah lebih kurang sama rupa .


Ada paham ? Bawak - bawak jaga lah diri .




Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.