April 19, 2011

tips memulakan senaman

Assalamualaikum





Salam Senyuman . Haaaa~ dah lama sebenarnya saya berangan nak buat entri berdasar kan TIPS - TIPS . Tapi kali ini , berkesempatan jugak . Kenapa saya kemukan tips untuk memulakan senaman ? HAAAA ~ sebab kalau cara senaman salah , boleh rosak satu badan tahu .


Tadi saya terkedek - kedek lah pergi berjogging di Taman Tasik Shah Alam , ternampak beberapa kalangan manusia yang nak bersenam tapi tak kena gaya . Oleh itu , moh kite tengok tips -tips yang saya dapat kongsi kan sedikit bersama anda.





TIPS 1 : KASUT



Nak berjogging kak , tak boleh main bedal selipar ke , sandal . Kite kena pakai kasut yang bersesuaian dengan aktiviti kite . Saya tak cakap yang anda -anda kena beli ADIDAS ke NIKE ke REEBOK ke . Yang penting kasut itu selesa dan sesuai dengan aktiviti kite. Baru lah kesihatan kaki terjaga dan tidak menambah beban ke atas tulang kaki dek sebab kasut kite itu tak "shock -absorben" .


TIPS 2 : BAJU


Baju hendak lah jangan ketat - ketat sangat . Takut kita sendiri yang tak selesa ye rakan -rakan . Cari baju yang sedang - sedang elok untuk tubuh kite. Dan seluar pun same , jangan ketat sangat , jangan longgar sangat . Kalau ketat , tak bernafas otot -otot , tak bebas diorang nak bergerak . Kalau longgar sangat pulak , takut nanti berat untuk kita bawak tatkala kite bersenam . Jadi keyword die kat sini : Yang sedang - sendang elok eh .


TIPS 3 : WARM UP , COOL DOWN .


Tengok makcik - makcik kat bawah ini , mereka warm up dan cool down ketika mahu memulakan serta menghabiskan suatu rutin senaman . Siap tulis lagi apa fungsi warm up dan cool down ini . Sedia maklum dah kan ?


TIPS 4 : DENGAR LAGU


HAAAA ~ dengar cerita apabila kite berjogging atau beriadah sambil mendengar lagu dapat membakar lebih kalori . Oleh itu , dengar lah lagu kalau - kalau rasa bosan je kan jogging sorang - sorang itu .



TIPS 5 : KEMAMPUAN



Ini yang penting . Bersenam ikut kemampuan sendiri ye rakan -rakan . Jangan push diri sendiri untuk melakukan sesuatu luar batasan badan kite . Kalau rasa boleh buat takat 20 minit , buat 20 minit dulu . Tingkat kan kemampuan secara perlahan - lahan . Bak kate orang yang ada english education ; level by level eh .








Berbekal kan tips yang saya beri tadi , harap -harap bermanfaat lah buat anda- anda yang baru nak berjinak - jinak dengan senaman ke . Atau yang memang tengah mengamalkan rutin senaman ke . Eh ? Salah silap saya , harap diampunkan .



Selamat Beramal .



Sekian dari Gadis Kawaii . Trimas .



No comments:

Post a Comment

sila...sila