December 7, 2010

rugi atau tak bersyukur?

assalamualaikum




salam senyuman.

kali ini kupasan berat sikit. lebih kepada pemikiran saye sebenarnye.

okee.
macam ini lah.
sejak dua menjak ini, saye terlangsung memikirkan yang lepas-lepas.
memang yang lepas-lepas tak boleh diulang lagi.
dan ia menjadi satu titik tolak untuk kite berubah untuk yang akan datang.


tapi.
hati ini tidak henti-henti berfikir.
hati ini tidak henti-henti mengelamun jauh.
entah saye ini merasa rugi atau tidak bersyukur sebenarnya.


yang mengamit keter-menungan saye itu adalah perihal yang kadang-kadang nampak kecil bagi semua orang;

tapi.
bagi saye, terasa rugi.

tidak seperti anda-anda diluar sana,
saye dahulunya seorang yang overweight.
YES. saye GEMUK.
dan masih gemuk lagi sebenarnya.

orang cakap jangan nilai seseorang dari luaran tetapi hakikatnya;
berapa ramai sangat yang praktikkan?

cuba angkat keyboard tengok?
tak ramai kan?!
tambah-tambah warga adam lah senang cerita.
kalau nak tengok awek, cari yang kurus-kurus.putih-putih kan?
tolong lah jangan cakap tak!
sebab benda ini hakikat.
tak dinafikan, kita akan tertarik pada benda-benda yang cantik.
LUMRAH lah kan?

tapi.
mase kita umur13-17 tahun dulu.
ada ke kita nilai hati budi seseorang itu.
kalau nak awek;
mesti main bedal je kan?
yang penting tak GEMUK sudah.

hmmm~

sebab itu dulu, saye tak pernah merasa diri ini ditakdirkan utk sesiapa.
lalu depan budak laki je.
GEMUK katenye.
sedih. memang pilu.

tapi kawan-kawan penguat semangat.
keluarga.

saye tak tahu apa itu rase jika saye diminati oleh seseorang.
ada mamat mintak numbor telefon ke.
mintak nak berkenalan ke.
tak pernah.
kosong.

yang saye tahu;
saye je yang terhegeh-hegeh minat kat orang lain.

helllo.
jangan lah hakimi saye seperti seorang yang gila glamor ke apa ke pulak.
saye menyuarakan isi hati saye.

ingin DIHARGAI mungkin.
dapat teddy bear ke.
dapat surat cinta ke.

TERINGIN.

itu sahaje.
bukan niat saye lain.
anda yang pernah mengalami mesti faham apa yang saya maksudkan.
anda yang mengenali saye tentu tahu saye seorang yang bagaimana.

hmmm.

tapi setelah menemui encik asyraf.
saye belajar sedikit-sedikit.
itu sedikit.ini sedikit.
orang kate lama-lama jadi bukit kan?

hehe :)

saye sayang awak, setulus hati saye.
awak tolong lah jangan khianati hati saye ye.
jangan kecewakan hati yang tak pernah kenal erti cinta selama ini.




sekian dari gadis kawaii.trimas.

2 comments:

sila...sila