Hati-hati.
Hati aku ini kecil, tak kuat.
Hati-hati.
Hati aku bukan mainan ikutan ego.
Hati-hati.
Hati aku boleh hilang kewarasan.
Jangan sampai aku doakan aku hilang kewarasan akal aku.
Hati-hati.
Hati aku tak mudah curiga kalau kau melatah.
Hati-hati.
Hati aku dah separuh mati.
Hati-hati.
Hati ini besar memberi, tak minta untuk menerima
Tetapi, terkadang ia berdegil mengharap jua.
Hati-hati.
Hati ini bakal mati.
Mungkin malaikat akan kembali.
Memberi salam untuk aku pergi.
No comments:
Post a Comment
sila...sila