August 22, 2014

Hari Berkabung #MalaysiaBerkabung




Assalamualaikum wbt

Tanggal 22 Ogos 2014. Detik 10.54 pagi, segenap rakyat Malaysia berkabung atas kembalinya rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 di Donetsk, Ukrain. Bertakafur kami selama seminit buat mereka. Jutaan kiriman ayat suci Al-Fatihah mengiringi pemergian mereka. 


Hari ini, Malaysia bersedih. Hari ini, anak kehilangan ibu. Hari ini, sang suami/isteri kehilangan pasangan IjabQabul. Hari ini, ibu kehilangan anak. Hari ini, keluarga kehilangan orang tersayang. Hari ini, syarikat penerbangan kehilangan kapten & anak kapal. Hari ini, ibarat lagu hilang irama. 



Hari ini hari kehilangan kita Malaysia.


Hari ini juga Allah menjemput hambaNya. Hari ini, Syurga menambah ahli penghuninya. Hari ini, hari MEREKA.


Pergilah kalian dengan doa segenap rakyat Malaysia. Akan kami ingat kalian dalam doa kami buat sekian kalinya. 


Takziah. Innalillahi wa innailahi rojiun. 



Salam Takziah.


Gadis Kawaii.

No comments:

Post a Comment

sila...sila