February 24, 2014

#throwback 1

Assalamualaikum dan Salam Rock n Roll uols !



Hari ini mak Jemah bawak laptops datang kerja jadi, mari ber- #throwback. Bukan sebab apa, kan mak Jemah dah lama sangat tak hapdet belog comei ini. Jadi, banyak cerita semua tergendala sangat.


For what i know, hari ini orang dah pakat bukak akaun untuk #dayre . Gua ramalkan tak lama lagi mati lah nyawa belog sepot ini. HAHAHAHAHA mana Lord Obe dengan Abe Nara nak carik duit lagi lepas ini, iols tak tahu.

Back to the #throwback;

Banyak sangat yang dah jadi sepanjang tahun lepas dan setakat tahun ini. Contohnya, iols dah kerja uols! Walaupun takde rejeki nak grad lagi *sigh* Nak maki MQA bukan salah diorang. Nak maki MSU pun macam tak sampai hati. Jadi simpan makian dalam hati cakap "All iz WELL"

Oke. Meh tengok apa je yang ada dalam dropbox.


Ini bespreng Jemah kahwin dengan abang marin. Tahniahhhh bespreng. Please ada baby comel-comels cepat sikit. Teeeeheee. 

Dan buat julung kalinya, kawan Jemah si Meera yang pakai baju biru tu muncul. Setelah berkurun-kurun lamanya menghilang. Happy sebab mini reunion dengan bespreng lama. Sedih sebab dah hilang kawan sorang. tsktsktsk


Oke. What else?


Dinner OPTOMETRY MSU

Ya ampun. Dah 4 tahun buntot iols berkematu dekat MSU, lepas habis belajar baru ada dinner. 1st Annual dinner Optometry MSU. Tahniah juniors. Korang berjaya lakukan apa yang senior korang tak berjaya buat. Tahniah. Ops! it doesn't mean that we are unreliable and hopeless in organizing the event, it is just that we didn't have enough hands. MAJOR TSKTSKTSK 


Cerita bertunang dah kan? Cerita lain yang syok sikit...


Nampak tak kuning-kuning kat microsoft excel tu? Itu tandanya gua dah kerja. HAHAHAHAHAHAHAA


Itu je. Tak sempat nak poyo tangkap gambar sendiri ohh ohh silap silap ! Ber- #selfie masa kerja. Haaaaa baru betul. 


Nanti bila lapang mak Jemah hapdet lagi pasal #throwback siri 2 pulak ye?



Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.

January 16, 2014

Macam mana gua jumpa mak lu?


Assalamualaikum dan Salam Rock n Roll.

Macam mana gua jumpa mak lu? Haaaaa panjang cerita sampai 9 season pun tak habis-habis lagi.
Sebenarnya nak cerita pasal cerita "all time favourite sitcom" gua. How I Met Your Mother.

Seronoknya cerita ni sampai buat gua ketagih tahu? Balik kerja je, cari cerita ni. Nasib baik WIFI tak sampai bilik gua. Kalau tak, memang gua tak tidur jawabnya dek kerna leka menonton cerita ni.

What i like the most about this sitcom?

http://splashofourworlds.blogspot.com/2011/02/how-i-met-your-mother-review-season-1-6.html

THE FRIENDSHIP VALUE.

Sama macam sitkom favourite gua yang satu lagi tu, Friends; cerita yang ini pun menerapkan nilai setia kawan yang Maha Hebat. Well, mana kau nak dapat kawan-kawan yang betul-betul terima baik buruk kau se-marvelous-nya kan? I knew a few and they stick in my life like glue  =)

Alhamdulillah.

Tapi betul, gua salut omputeh punya cara berkawan ni. Nope! I am not saying that "social" life like that is fun, I am just saying that we need that kind of "keterbukaan". Ini idok. Malaysia ni pantang nampak orang tinggi sikit. Hasada dengki tak payah ambil PHD, diorang boleh jadi Doktor terunggul.

We need to practice keterbukaan tapi harus abide to the adat resam, hukum agama and all.


Omputeh sungguh aku sampai menaip pun campur bahasa Inggeris dengan Melayu. *budak convent memang gitu*


Absorb all the good energy and leave behind the bad vibe, people. This is how we should live.


Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.




January 14, 2014

Inspirational song

Assalamualaikum dan Salam Rock n Roll.




This song I tell U ! Sedap nak mamps !

And i get hyped and inspired every time.

Dia punya feeling tu, bila tengah drive nak pergi kerja dengar, rasa REVIVE ! Macam candy crush dapat nyawa dari kawan kita. Haaa ! Sampai macam tu sekali.


Hoo yeahh !

Nak post lyrics ke? Nope. Too cliche. Heee.

Enjoy Homo Sapiens !

Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.


January 13, 2014

Hujung 2013 itu.

Ohhmai. Dah 2014. How time flies. And how berhabuk belog gua. Poof! Poof! *hembus habuk*

Back to reality. Lama sangat dah tak berceloteh. Rasa hilang ingatan pulak. *oke ini poyo*

I know. I know. You all miss me. Hihihi. Nothing much happen YET. Ada lah big event here and there. Like moi ENGAGEMENT!
Ahaaa! Sedar tak sedar, gua dah engaged bak kata omputeh. Orang melayu dia akan cakap welcome to "Darah Manis World" *sejak bila oghang melayu cakap omputeh?*

Anyway. It was 1st December 2013. After Zohor.

Rombongan lelaki datang bersama dulang-dulang sakti berbekalkan manisan dan bermacam ragam. Gua atas bilik jantung macam nak tercabut pun ada, macam biasa-biasa pun ada *control macho*

                                              Rombongan meminang

                                               Si dara dengan mama abah nya

                                                Gulp! Sarung cincin sudahhh

Kawan kawan supporting iols

                                           Pelamin DIY iols dan keluargaolsss



In Shaa Allah apa yang terbina harap korang doakan kekal #tillJannah eh? Hihihihi.



Sekian dari Gadis Kawaii. Trimas.