March 13, 2011

mereng sudah merong






Assalamualaikum





Salam senyuman .








Haaaa~ Persoalan : Adakah Stephen Rahman sangat HOT ?
Jawapan : Sangat - sangat HOT yeeee rakan - rakan.


Tapi bukan saya ingin menceritakan tentang HOt-nya jejaka kacuk ini . Di sini saya nak kasi Review sikit . Saya dan rakan - rakan memang tak sabar gila nak tengok cerita ini . Pengaruh besar nya adalah apabila keluar review yang sangat memberangsangkan dari tayangan perdana filem " Hikayat Merong Mahawangsa " ini sendiri .



11 MARCH 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Menceritakan tentang seorang manusia yang bernama Merong Mahawangsa yang kehilangan ibunya sejak kecil di tempat kelahiran nya , Semenanjung Emas. Sejak itu , beliau telah dibawa ayahnya , belayar ke seluruh pelusuk dunia. Jentayu , nakhodanya diberi nama.
Cerita bermula apabila beliau menghadapi masalah tatkala persinggahan nya di Goa. Kerabat di Raja Rom yang buntu ingin mencari seseorang untuk menhantar putera raja mereka ke Semenanjung Emas , demi mengahwini putera mereka dengan Puteri di negeri China.
Merong Mahawangsa diberi kepercayaan setelah nyawanya diselamatkan oleh putera raja Rom. Bermulalah pelayaran bersama Jentayu ke negeri yang diberi nama Semenajung Emas. Sesampainya mereka disana , disambut mulia dengan Jeneral China. Ingin sahaja putera melihat suri hatinya namun tidak dapat pula dek kerna takut membawa malang.
Sungguhpun malang tidak berbau. Garuda yang terkenal dengan kekuasaan memanggil ribut di kala mereka ingin menyerang , melumpuhkan tentera china yang gagal membela puteri mereka serta putera Rom .
Merong yang berlawan sehabis kudrat tak berdaya mengalahkan kekebalan Garuda.




HEE~ sampai situ je lah saya kasi hint sikit tentang sinopsis ceritanya .
Berbaloi tidak saya dan rakan - rakan meredah hujan demi cerita ini .

Jawapannya ; Amat Berbaloi . 4/5 bintang saya anugerahkan .

Syabas Yusry . Filem Malaysia kini di angkat ke satu martabat yang lebih membanggakan .




Sekian dari gadis kawaii.trimas.



No comments:

Post a Comment

sila...sila