February 28, 2011

susah

assalamualaikum





salam senyuman :)










Apa kejadah nya perkaitan antara gambar di atas dengan tajuk entri hari ini ? Nak beritahu yang lab test hari ini macam HAREMMMMMM je.

Bukan lah susah cuma tak cukup masa je. Itu yang kasi bengang je gua hari ini. PANAS je hati kan? Tapi apa kan daya, rezeki takat itu je. Terima je laaa. Dari tak boleh jawab langsung , at least dapat jugak la saya menjawab kan ?

Okeeee! *positive-thinking segera !*

Adakah hari ini lebih menarik dari kelmarin ? Errr~ tak jugak.

Ohhh ! Nak ! Nak teddy bear ! (tiba-tiba pulak kan)
Ahhhh~ perempuan nak exam ni. Bile tension memang saya suka merapu.


FAKTA : Saya tak suka awak mengeja buat kepada BUAD . Saya tak suka awak mengeja la dengan LEW.

AUTA : Saya ni sombong. Saya tak kata lah saya baik...tapi saya takde lah sombong okeeee manusia sekalian.






Kan saya dah cakap, bila saya tension , saya banyak merepek .





sekian dari gadis kawaii.trimas


February 27, 2011

stress



assalamualaikum

amaran : tahap stress dalam jiwa sangat HEBAT !


ini natasha ketika stress



Salam senyuman .

Tapi ; tak tersenyum sangat lah . Tengok gambar atas itu , dah lebih kurang sama je dengan muka saya dah. Esok adalah hari yang sangat -sangat mendebarkan dada .



LAB TEST : OPHTALMIC OPTICS
TIME : 10.30 AM
VENUE : DISPENSING LAB



Oleh kerna itu lah saya terasa STRESS . Tapi takpe, kita harus tenang . Betul tak ? Baru lah boleh fokus !
Satu perkara yang saya sering ingat kan pada diri sendiri , " think positively" .





Takpe , takpe. Kalau kita dah sedia , kita akan gementar , bukan TAKUT . Jadi , semalam saya dah berjaya habiskan Avatar , hari ini saya akan habis kan STUDY pulak.


Ayuh ! Tiada kejayaan datang bergolek tanpa usaha. Usaha ! Usaha ! Usaha !
Rakan - rakan OPTOMETRY ,good luck eh ? Ohhh ~ and happy birthday kepada coursemate saya : MOLY !






sekian dari gadis kawaii.trimas.


February 26, 2011

avatar


assalamualaikum






Salam senyuman :D

Haaa~ hari ini kan cuti - cuti Malaysia. Apa lagi , layan cerita lah !
Jadi hari ini cerita yang menjadi pilihan adalah :

AVATAR THE LAST AIRBENDER


Dah lama sebenarnya saya melayan cerita kartun ini. Jadi , malam ini saya berazam untuk menghabiskan semua 'season' (walaupun lab test hari Isnin nanti. HAHA)

Bagi yang tak pernah layan atau tahu akan kewujudan cerita ini , meh saya kasi review sikit ;

Aang merupakan seorang avatar yang bertanggungjawab dalam memastikan kestabilan dunia. Setelah lenyap selama 100 tahun , dia berazam untuk menolong setiap kaum elemen di dunia untuk aman semula. (skema pulak ayat - ayat saya ni)

Dalam cerita ini , Aang ada 2 binatang peliharaan : Apaa dengan Momo . Comel wooooo~ Serius ! Fluffy and cute !




Ohhhhh !

Mari sambung melayan kartun , bebeh !




sekian dari gadis kawaii.trimas










February 25, 2011

bowling membawa maut ?

assalamualaikum




Salam senyuman

Tahukah anda bahawa BOWLING boleh membawa maut ?




tettttt!

Saje je ni , nak kasi tajuk gempak sikit. Kalau tak, takde nye anda - anda semua nak tengok entri saya , kan?

HAHA

Jadi, berbalik kepada entri kali ini .
BOWLING JE. "membawa maut " boleh buang jauh - jauh eh.
Semalam , budak - budak optometry MSU ada mentoring activity.

BOWLING TOURNAMENT
TEMPAT : PLAZA ALAM SENTRAL
PEMAIN : 18 ORANG (tidak termasuk lecturer ye ) & bersama students dari School Of Pharmacy


Okee lah. Jadi , finals dah nak dekat . Apa lagi ? Time ini lah kalau nak bodek lecturer pun kan ? Mane tau dapat 2-3 ketul tips yang menjana minda supaya membaca apa yang patut jeeee untuk exam. Takde lah cramp otak baca semua nota tapi masuk ...alahai ciput je.

Sebelum bermula nya tournament , sememangnya banyak lah masalah yang timbul. Sampai ada yang tak dapat main pun.

Bayang kan ? Bayar RM 10 tapi tak dapat main. Memang budak - budak ini PANAS. Tapi , sampai nak akhir - akhir , nampak semua dah enjoy. Alhamdulillah




di bawah merupakan sebahagian babak - babak drama swasta semalam masa tournament ;


diskusi tentang masalah - masalah dalaman yang tak dapat dielakkan

athirah yang STRIKE masa first time baling . hebatt ahh (loghat kelate)

lecturer optometry (sir harun , sir hassan )


sir zaki yang al- kunun tak pernah main bowling (padahal, hebat je kot )


ini afiq , pemain paling hebat ! score paling banyak tu beb





ohh . Minggu ini sangat memenatkan . Mahu lelapkan mata.



sekian dari gadis kawaii, trimas.